Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virus Marburg ragut tiga nyawa

    ADDIS ABABA, 17 NOV – Tiga individu dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan virus Marburg di Etiopia, menurut Kementerian Kesihatan hari ini, kurang seminggu selepas wabak itu diisytiharkan.

    Virus Marburg merupakan antara patogen paling berbahaya yang diketahui, dan seperti Ebola, ia menyebabkan pendarahan teruk, demam, muntah serta cirit-birit, dengan tempoh inkubasi selama 21 hari.

    Sama seperti Ebola, virus itu menular melalui sentuhan dengan cecair tubuh dan mempunyai kadar kematian antara 25 hingga 80 peratus.

    Wabak tersebut yang pertama pernah direkodkan di Etiopia disahkan berlaku di bandar Jinka, kira-kira 430 kilometer ke barat daya ibu negara Addis Ababa dan beberapa ratus kilometer dari sempadan Sudan Selatan serta Kenya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda