Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Virus Nipah: Perhimpunan awam dilarang, sekolah ditutup

    NEW DELHI, 14 SEPT – India telah melarang perhimpunan awam dan menutup beberapa sekolah di negeri selatan Kerala selepas dua orang meninggal dunia akibat Nipah, virus yang berasal daripada kelawar atau khinzir yang menyebabkan demam maut, kata pihak berkuasa hari ini.

    Virus itu tidak mempunyai vaksin dan kadar kematian antara 40 hingga 75 peratus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    Gejala termasuk demam yang teruk, muntah dan jangkitan pernafasan, tetapi kes yang teruk boleh melibatkan sawan dan ensefalitis, keradangan otak dan mengakibatkan koma.

    Tiga individu lagi telah diuji positif dan lebih daripada 700 orang termasuk 153 pekerja kesihatan yang berhubungan dengan mereka yang dijangkiti kini berada di dalam pemantauan, kata pegawai kesihatan.

    Sekurang-kurangnya empat orang telah dimasukkan ke hospital, termasuk anak kepada salah seorang mangsa yang berusia sembilan tahun. – AFP

    Pekerja kesihatan yang memakai peralatan perlindungan memindahkan orang yang telah berhubung dengan pesakit yang dijangkiti virus Nipah ke pusat pengasingan di hospital kerajaan di Kozikode, Kerala, India kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...