Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Virus polio dikesan di Gaza

    SEMENANJUNG GAZA, 19 JULAI – Virus polio telah dikesan dalam sampel kumbahan yang mula membelenggu Gaza yang dicengkam peperangan dahsyat, kata pihak berkuasa kesihatan di wilayah kendalian Hamas dan Israel kelmarin.

    Pengumuman itu dibuat selepas kumpu-lan aktivis Eropah mengeluarkan laporan mengatakan Semenanjung Gaza ‘lemas’ dalam ratusan ribu tan sisa manusia dan runtuhan akibat perang Israel-Hamas.

    Kementerian Gaza berkata beribu-ribu orang di bandar-bandar khemah yang sesak yang dilanda peperangan kini berisiko dijangkiti penyakit amat berjangkit itu,
    yang boleh menyebabkan kecacatan dan lumpuh.

    Agensi kesihatan Pertubuhan Kesihatan Bangsa-bangsa Bersatu (WHO) memulakan kempen global pada 1980 untuk membasmi polio, sering merebak melalui kumbahan dan air yang tercemar, tetapi virus itu muncul semula dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Afghanistan dan Pakistan.

    Kementerian Kesihatan berkata ujian yang dijalankan dengan agensi kanak-kanak PBB (UNICEF) ‘menunjukkan kehadiran virus polio’ di wilayah itu, yang telah menjadi sasaran serangan tentera Israel yang sengit sejak 7 Oktober lalu.

    Kementerian Kesihatan Israel berkata virus polio jenis 2 telah ditemui dalam sampel kumbahan Gaza yang diuji di makmal Israel.

    Kumbahan kini mengalir antara khemah-khemah yang digunakan oleh puluhan ribu orang yang kehilangan tempat tinggal di seluruh Gaza dan kehadiran virus polio “menandakan bencana kesihatan baharu,” kata kementerian itu. – AFP

    Rakyat Palestin berjalan di atas runtuhan bangunan yang musnah dalam pengeboman Israel sebelum ini, antara dua kolam air bertakung, di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, kelmarin. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Ceramah tekankan sunnah Nabi untuk mengurus tekanan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Penekanan...

    Korea U dakwa perjanjian kapal selam Seoul-AS cetus ‘kesan domino nuklear’

    SEOUL, 18 NOV – Korea Utara mengecam perjanjian antara...

    Puluhan sekolah ditutup akibat pasir permainan budak tercemar 

    SYDNEY, 18 NOV - Pasir permainan kanak-kanak yang diimport...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...