Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California

    LOS ANGELES, 25 NOV – Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan oleh ladang tenusu tempatan, lapor Xinhua.

    Jabatan Kesihatan Awam Daerah Santa Clara, yang telah menguji susu mentah daripada peruncit tempatan sebagai sebahagian daripada program pemantauan untuk selesema burung H5N1, dalam kenyataan media memaklumkan bahawa makmal kesihatan awam daerah itu mengenal pasti virus H5 dalam sampel susu mentah yang dihasilkan oleh Raw Farm LLC pada 21 November.

    Daerah itu segera memaklumkan Jabatan Kesihatan Awam California, menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa susu mentah itu ditarik balik secara sukarela oleh syarikat berkenaan, dan pihak berkuasa telah menasihatkan orang ramai supaya
    tidak mengambil susu mentah yang tercemar itu.

    Jabatan Kesihatan Awam California semalam memberi amaran kepada orang ramai untuk mengelak pembelian susu mentah penuh dan susu mentah cream top keluaran Raw Farm LLC dari Daerah Fresno.

    “Tiada penyakit yang dikaitkan dengan susu mentah itu,” menurut agensi itu.

    Pegawai kesihatan awam menggesa pelanggan untuk ‘segera memulangkan sebarang produk yang masih ada ke lokasi pembelian’ dan turut memaklumkan peruncit supaya mengeluarkan susu mentah yang terjejas daripada rak jualan mereka. – Bernama

    Gambar Canva

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda