Merujuk kepada surat Conflict of interest for vehicle inspection at third-party workshop? oleh Reload Mos yang disiarkan dalam halaman Opinion Borneo Bulletin pada 10 Julai, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin merakamkan penghargaan kepada penulis atas komen dan cadangan berhubung perkhidmatan pemeriksaan kenderaan oleh Stesen Pemeriksaan Kenderaan (VIS).
Sejumlah 16 VIS telah pun dilantik di seluruh negara sejak 24 September 2016 – iaitu bengkel kenderaan Kelas A. Peruntukan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan kepada bengkel kenderaan Kelas A pada masa itu bertujuan mengatasi permintaan yang meningkat bagi pemeriksaan kenderaan di pusat pemeriksaan kenderaan JPD. Inisiatif ini memberikan peluang perniagaan untuk sektor swasta sementara pada waktu yang sama menawarkan pilihan dan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang lebih efisien kepada orang awam.
VIS dipilih dari bengkel kenderaan Kelas A yang menerima kelulusan daripada segi premis, lokasi, keupayaan dan kapasiti untuk menjalankan pembaikan kenderaan seperti mengecat, relau, kerja-kerja membaiki enjin/badan termasuk peralatan menguji brek berbanding dengan bengkel Kelas B dan C.
VIS yang dilantik seterusnya diwajibkan memenuhi standard dan syarat-syarat pemeriksaan kenderaan JPD berdasarkan Seksyen 7 – Pemeriksaan Kenderaan, Bad 68 Akta Lalu Lintas Jalan Raya sebelum Sijil Perakuan Stesen Pemeriksaan Kenderaan dikeluarkan. JPD juga menjalankan pemeriksaan ke atas VIS sebelum memperbaharui Sijil Perakuan Stesen Pemeriksaan Kenderaan dalam tempoh satu tahun. JPD berusaha untuk mempertingkat penyelarasan dan pengawasan VIS supaya proses pemeriksaan kenderaan dapat dipertingkatkan.
Berhubung penjualan alat ganti kenderaan seperti yang dipaparkan dalam artikel, penjualan alat ganti bukan sebahagian daripada pemeriksaan dan tidak termasuk di bawah Sijil Perakuan Stesen Pemeriksaan Kenderaan.
Namun JPD akan menyiasat dalam isu yang dikemukakan oleh penulis terutamanya yang membabitkan VIS meminta pelanggan membeli alat ganti daripada mereka sebagai prasyarat untuk kende-raan mereka diperiksa. Kami berharap dapat mempertingkat perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dan JDP menghargai input penulis atau orang awam.
JPD mengalu-alukan komen atau maklum balas ketika waktu pejabat menerusi telefon 2423161, e-mel:awvis@land-transport.gov.bn atau info_ltd@land-transport.gov.bn atau menghubungi hotline Darussalam 123, melalui WhatsApp: +6738333123 atau e-mel: www.123.gov.bn. – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD)