LONDON, 30 JUN – Menetap dan bekerja di Australia kini lebih mudah bagi berjuta-juta rakyat Britain mulai esok apabila had umur bekerja untuk visa cuti bekerja dinaikkan, lapor dpa.
Mengikut perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua negara pada Mei, 16 juta lagi orang layak memohon berdasarkan peningkatan had umur daripada 30 kepada 35.
Had visa dua tahun sedia ada akan dinaikkan kepada tiga tahun lagi, dan tidak perlu berturut-turut, pada 1 Julai 2024 selain tanpa keperluan untuk bekerja dalam sektor perladangan selama berbulan-bulan dalam tempoh berada di negara itu.
Perjanjian itu juga akan memudahkan warga Australia bekerja dan melancong di United Kingdom (UK). – Bernama
