Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    VistaJet rangkul anugerah terbaik buat kali kedua

    19 A_28117

    KUALA LUMPUR, 27 Jan – VistaJet menerima anugerah Pengendali Jet Perniagaan Prestasi Terbaik buat kali kedua pada anugerah ‘Terbaik daripada yang Terbaik’ Institut Penyelidikan Hurun di Shanghai.

    Dalam satu kenyataan VistaJet berkata anugerah itu diperoleh berdasarkan keputusan Laporan Tinjauan Pengguna Cina Mewah Hurun 2017.

    “Ini merupakan tahun ketiga belas berturut-turut Penyelidikan Hurun menghasilkan laporan mengenai pilihan jenama, tabiat penggunaan dan trend gaya hidup individu terkaya China, yang dianggap sebagai #penanda aras bagi sektor mewah”, katanya.

    VistaJet telah menunjukkan peningkatan dari segi saiz kumpulan pesawatnya kepada 71 pesawat hari ni berbanding 32 pesawat pada 2013, dan syarikat itu kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 90 peratus keperluan dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda