Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vivo perkenalkan X20, X20 Plus

    VIVO, minggu lalu telah melancarkan telefon-telefon pintar X20 dan X20 Plus di China yang didatangkan dengan beberapa ciri paling mendapat permintaan dalam pasaran.

    Kedua-dua peranti menonjolkan paparan Full View dengan nisbah bidang 18:9 dan dua kamera di belakang.

    Perbezaan paling ketara di antara kedua-dua varian adalah saiz skrin dan kapasiti bateri.

    Menyentuh mengenai ciri tarikan utama, tetapan dua kamera pada X20 dan X20 Plus didatangkan sensor utama 12MP dengan apertur f/1.8 dan sensor kedua 5MP. Di depan pula terdapat kamera 12MP dengan apertur f/2.0 bagi mengambil selfie.

    Peranti baru Vivo ini didatangkan dengan paparan Full View Super AMOLED syarikat berkenaan dengan resolusi full-HD+ (1080×2160 piksel) dan nisbah bidang yang lebih tinggi daripada biasa tetapi saiz paparan pada X20 adalah 6.01 inci dan 6.43 inci pada X20
    Plus.

    Vivo X20 disokong dengan bateri 3245mAh sementara itu varian Plus pula mempunyai bateri 3905mAh yang lebih besar.

    ATAS & BAWAH: Vivo telah melancarkan dua X20 dan X20 Plus yang menampilkan beberapa ciri paling mendapat permintaan dalam pasaran kini seperti paparan Full View dengan nisbah bidang 18:9 dan dua kamera utama.

    Spesifikasi lain, X20 dan X20 Plus merupakan telefon pintar dua SIM yang menggunakan FunTouch OS berasaskan Android 7.1.1. Kedua-dua peranti dikuasakan SoC Snapdragon 660 lapan teras (dengan 4 teras berkelajuan 2.2GHz dan 4 lagi pada 1.8GHz) yang dipadankan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD sehingga 256GB.

    Dari segi dimensi, X20 berukuran 155.85×75.15×7.2mm sementara X20 Plus berukuran 165.32×80.09×7.45mm. X20 mempunyai berat 159g dan X20 Plus 181.5g.

    Pilihan sambungan kedua-dua peranti termasuk 4G, Wi-Fi, USB 2.0, OTG, Bluetooth 5.0 dan GPS. Kedua-duanya juga didatangkan dengan sensor cap jari yang terletak di belakang peranti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda