VIVO V9 Pro merupakan versi kemas kini telefon pintar Vivo V9 dengan RAM 6GB, pemproses Snapdragon 660, takuk paparan dan dua kamera belakang.
Peranti dual-SIM (Nano + Nano + microSD) ini mengunakan Android 8.1 Oreo dengan Funtouch OS 4.0. Ia menampilkan paparan Fullview Display 2.0 (1080×2280 piksel) 6.3 inci dan dikuasakan SoC Snapdragon 660 AIE yang dipadankan dengan GPU Adreno 512, RAM 6GB dan storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 256GB).
Tetapan dua kamera belakang merangkumi sensor utama 13MP dengan denyaran LED dan apertur f/2.2 di samping sensor kedua 2MP. Di depan pula terdapat sensor 16MP dengan apertur f/2.0 dan ciri-ciri seperti pencahayaan selfie AI dan AI face beauty.
Pilihan sambungannya termasuk 4G VoLTE, dual-band Wi-Fi (2.4GHz dan 5GHz), Bluetooth v4.2, GPS/ A-GPS, jek audio 3.5mm, USB OTG dan port Mikro-USB.
Vivo V9 Pro disokong bateri 3,260mAh, mempunyai berat 150g dan dimensi 154.81×75.03×7.89mm.