Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    VJ Mix 22sq juara kejohanan veteran

    Oleh Fadhil Yunus

    TEMBURONG, 10 OKT – VJ Mix 22sq muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sepasukan Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) ke-2 tahun 2022 di Kompleks Sukan Temburong di Daerah Temburong baru-baru ini.

    Manakala pasukan Al-Idrus muncul sebagai naib juara dengan Mumtaz Veteran dan V90 berkongsi di tempat ketiga.

    Sementara itu, Awang Suni bin Mat Jerah merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak selepas berjaya mencatatkan lima gol tertinggi kejohanan.

    Hadiah kejohanan disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Dianjurkan oleh VFA, sebanyak 13 pasukan menyertai kejohanan tersebut.

    Pasukan VJ MIX 22sq bergambar bersama trofi dan pingat yang dimenangi semasa Kejohanan Bola Sepak 9 Sepasukan Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) ke-2 2022 di Kompleks Sukan Temburong di Daerah Temburong baru-baru ini. – Gambar serahan VFA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda