Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Vlahovic diburu kelab utama Eropah

    MILAN, 31 DIS – Dusan Vlahovic akan menarik minat kelab sekitar Eropah pada perpindahan Januari selepas tahun 2021 yang menakjubkan buat penyerang Serbia itu yang meledak 33 gol dalam Serie A.

    Dia kini mendahului senarai ‘Capocannoniere’ dengan 16 gol selepas meledak 21 kali musim lalu dan meningkat di bawah kendalian Vincenzo Italiano di Florence yang mengembalikan keghairahan di Stadio Artemio Franchi selepas musim yang sukar.

    Fizikal Vlahovic yang bagus serta sentuhan penyudah baik mengingatkan peminat kepada Zlatan Ibrahimovic yang diakui penyerang berusia 21 tahun itu sendiri sebagai pemain idolanya atas ‘apa sahaja yang dilakukan, dia melakukannya sendirian.’

    Dia juga tidak kisah dibandingkan Erling Haaland.

    “Dia jelas lebih laju daripada saya, tapi untuk yang lain, kami berada di tahap yang sama,” kata penyerang itu.

    Pada musim panas, Fiorentina bertahan dengan minat ditunjukkan Tottenham Hotspur dan Atletico Madrid tetapi gagal melanjutkan kontrak Vlahovic yang akan tamat pada musim panas 2023.

    Vlahovic berkata keputusannya adalah untuk kekal di ‘rumah keduanya’ dekat Florence musim ini. “Kami yang berasal dari Balkan selalunya melakukan perkara mengikut hati berban-ding akal kami, saya mahu kekal di sini, ia pilihan saya,” katanya kepada DAZN. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...