Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vo Van Thuong presiden baharu Vietnam

    HANOI, 2 MAC – Ahli Biro Politik Parti Komunis Vietnam (CPV), Vo Van Thuong dipilih sebagai presiden baharu Vietnam hari ini.

    Mesyuarat luar biasa Perhimpunan Kebangsaan Vietnam secara rasmi meluluskan Thuong, 52, untuk mengambil alih jawatan presiden, lapor Xinhua, memetik laporan Televisyen Vietnam.

    Pada 17 Januari, Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan sebagai presiden Vietnam atas sebab peribadi, dengan keahliannya di Politburo dan Jawatankuasa Pusat CPV ke-13 turut ditamatkan. – Bernama

    Presiden baharu Vietnam, Vo Van Thuong mengangkat sumpah di Hanoi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda