Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Vodafone jual unit Itali kepada Swisscom

    LONDON – Gergasi telekomunikasi Britain, Vodafone bersetuju untuk menjual unit Itali mereka kepada Swisscom dari Switzerland dengan harga awal AS$8.7 bilion, kata syarikat itu hari ini.

    Penjualan itu dibuat selepas Vodafone menolak beberapa tawaran daripada kumpulan Iliad milik jutawan Perancis, Xavier Niel.

    Vodafone berkata ia telah ‘melibatkan diri secara meluas dengan beberapa pihak untuk meneroka penggabungan pasaran di Itali’.

    Namun, transaksi dengan Swisscom ‘menyampaikan gabungan terbaik penciptaan nilai, hasil tunai awal dan kepastian transaksi untuk pemegang saham Vodafone’.

    Dua syarikat itu, bagaimanapun, memberi amaran dalam kenyataan berasingan bahawa transaksi itu masih belum pasti.

    Pengambilalihan Vodafone Itali akan dibuat secara tunai dan bebas hutang, kata syarikat itu.

    Swisscom berkata ia akan menggabungkan Vodafone Itali dengan unit Itali sendiri, Fastweb, yang merupakan penyedia perkhidmatan jalur lebar dan televisyen.

    Bulan lepas, Vodafone menolak cadangan daripada Iliad untuk menggabungkan perniagaan Itali mereka dalam perjanjian yang menilai Vodafone Itali pada 10.45 bilion euro.

    Pengendali telefon bimbit Britain itu juga telah menolak pendekatan 11.25 bilion euro oleh Iliad dan kumpulan ekuiti swasta, Apax Partners pada Februari 2022.

    Vodafone melaporkan awal bulan ini, pendapatan suku ketiganya turun 2.3 peratus kepada 11.4 bilion euro berikutan prestasi buruk di seluruh Itali dan Sepanyol.

    Pada akhir 2023, ketua eksekutif Vodafone, Margherita Della Valle mengumumkan penjualan bahagian Sepanyol mereka kepada dana pelaburan Zegona sehingga lima bilion euro. – AFP

    Della Valle bercakap di atas pentas semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC), perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi, di Barcelona pada 26 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...