Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vokal lunak anugerah Tuhan

    Pernah melakar populariti sebagai penyanyi nasyid bersama Raihan, pastinya ia antara kenangan indah Nazrey Johani, 53.

    Apatah lagi, pada era 1996 itu nasyid ‘mendunia’ dan menjadi tarikan hingga luar negara.

    Malah, mendiang Ratu Elizabeth II yang berkunjung ke Malaysia pada 1998 sempena Sukan Komanwel ketika itu turut meluangkan masa bertemu Raihan di Studio Synchrosound, Petaling Jaya.

    Justeru, pengaruh Nazrey dan Raihan dalam industri nasyid tanah air cukup besar. Sampai sekarang pun, Nazrey yang bergerak solo cukup diminati ramai kerana vokalnya tidak berubah.

    Masih sedap didengar sebagaimana rakaman lagu dibuatnya bersama Raihan dahulu dalam cakera padat (CD), kelunakan vokal Nazrey masih padu dan bertenaga.

    Mengulas mengenainya, Nazrey menyifatkan dia bertuah menjadi antara insan terpilih yang dikurniakan Allah memiliki vokal lunak dan sedap didengar ketika menyanyi. Jelasnya, ini dinamakan rezeki.

    “Kisah suara ini (vokal) sebenarnya memang ada sesetengah orang Allah letak satu tone suara dalam diri dia, insya-Allah ia kekal selamanya begitu. Jadi, boleh dikata anugerah semula jadi.

    “Namun, sejujurnya ia adalah perkara semula jadi dalam diri seseorang itu. Jadi, untuk saya akan gunakan anugerah suara ini berdakwah dalam lagu. Insya-Allah, saya sedia bekerjasama dengan sesiapa saja (penyanyi),” katanya. – Agensi

    Kelunakan vokal Nazrey masih padu dan bertenaga. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda