Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Volkswagen tunda pembinaan kilang baharu

    FRANKFURT AM MAIN, 15 OKT – Syarikat gergasi kereta Jerman Volkswagen (VW)telah menangguh satu keputusan mengenai sama ada membina sebuah kilang baharu di Turki disebabkan serangan Ankara ke atas timur laut Syria, kata jurucakap hari ini.

    Sementara satu pengumuman telah dijangka mengenai kilang baharu bernilai 1.5 bilion euro dan mewujudkan 4,000 pekerjaan, “lembaga Volkswagen telah menangguh keputusan itu. Kami sedang memantau keadaan sekarang dan mengambil berat tentang perkembangan semasa,” kata jurucakap.

    VW ‘dalam beberapa bulan ini’ memutuskan untuk membina sebuah kilang baharu untuk memenuhi permintaan Eropah Timur di Turki, dan bukannya negara calon lain Romania atau Bulgaria, lapor akhbar harian Handelsblatt. Beberapa anggota Parlimen Eropah menuduh Turki menawarkan kontrak awam VW dan subsidi yang melanggar undang-undang EU. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 19 Mei 2017 menunjukkan logo pengeluar kereta Jerman Volkswagen (VW) di luar bangunan pentadbiran utama di kilang VW di Wolfsburg, tengah Jerman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda