Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Volpato tolak Socceroos

    SYDNEY, 9 NOV – Cristian Volpato berkali-kali menolak pelawaan untuk mewakili Australia dalam Piala Dunia bulan ini, jurulatih Socceroos, Graham Arnold berkata.

    Penyerang berusia 18 tahun itu lahir di Sydney, tetapi bermain untuk skuad Jose Mourinho, Roma dan pernah mewakili Itali dalam skuad bawah 19 dan bawah 20.

    Dia membuat penampilan pertama dalam Serie A pada tahun lepas dan telah menjaringkan dua gol dalam lima penampilan liga, termasuk satu gol dan assist dalam kemenangan 3-1 ke atas Verona, baru-baru ini.

    Arnold, yang telah menamakan skuad 26 orang untuk Piala Dunia Qatar, berkata dia telah memujuk Volpato sehingga ke akhir waktu.

    “Ia bukan keputusan saya. Saya sudah bercakap dengan Cristian kelmarin tiga kali, sebelum itu, saya sudah banyak kali memujuk dia.

    “Saya beritahu dia semalam yang namanya ada dalam senarai skuad 26 orang, dia berkata mahu fikirkan dulu, mahu berbincang bersama orang sekeliling yang telah membantu dalam kariernya.

    “Namun dia datang kembali malam tadi dan menolak pelawaan saya,” tambahnya.

    Selepas menerima kecaman daripada peminat di Australia, Volpato menulis di Instagram yang dia masih lagi mempertimbangkan hala tujunya di arena antarabangsa.

    “Saya masih baru lagi dalam karier profesional ini dan saya mahu tumpukan sepenuh perhatian dalam proses tersebut. Saya tidak mahu membuat sebarang keputusan yang tergesa-gesa mengenai hala tuju saya di peringkat antarabangsa.” – AFP

    Aksi Cristian Volpato (kiri), semasa dalam perlawanan antara AS Roma dan Ludogorets Razgrad di stadium Olympic, Rom. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...