Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Von der Leyen berdepan undi tidak percaya parlimen EU

    BRUSSELS, 17 SEPT – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen bakal berdepan dua usul undi tidak percaya di Parlimen Eropah pada Oktober, menurut sumber kepada agensi berita Jerman (dpa) kelmarin.

    Presiden Parlimen Eropah, Roberta Metsola telah memaklumkan ahli parlimen, kedua-dua usul itu mendapat sokongan mencukupi.

    Mengikut peraturan parlimen, sesuatu usul kecaman memerlukan sokongan sekurang-kurangnya satu per sepuluh daripada 719 ahli Parlimen Kesatuan Eropah (EU) sebelum perbahasan dan pengundian boleh diadakan.

    Dua kumpulan politik, iaitu sayap kiri The Left dan parti sayap kanan Patriots for Europe, mengumumkan usul itu minggu lepas, hanya beberapa jam selepas von der Leyen menyampaikan ucapan penting kepada ahli parlimen yang menggariskan keutamaan beliau untuk tahun-tahun mendatang.

    Von der Leyen sebelum ini mudah melepasi undi tidak percaya pada Julai lepas, apabila 360 ahli parlimen menolak usul berkenaan manakala 175 menyokong iaitu jauh lebih rendah daripada majoriti dua pertiga undi yang diperlukan. – Bernama

    Ursula von der Leyen semasa menyampaikan ucapan di Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis pada 10 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda