Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Von der Leyen di India bersama agenda Ukraine

    NEW DELHI, 24 APRIL – Presiden Suruhanjaya Eropah (EC), Ursula von der Leyen akan menekan India berhubung pendirian neutralnya ke atas perang Ukraine selepas tiba di negara itu hari ini bagi rundingan perdagangan, keselamatan dan iklim.

    Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi tidak secara terbuka mengecam Kremlin mahupun menyokong undian Majlis Keselamatan PBB yang mengesali ‘penindasan Moscow’.

    Jadual perjalanan Von der Leyen bermula dengan ucapan kepada forum belia berhubung perubahan iklim, di mana dia memuji India bagi sasaran permintaan mengurangkan tenaganya dari sumber diperbaharui menjelang 2030. Beliau akan bertemu dengan Modi, esok, sebagai aliran kunjungan diplomatik baharu-baru ini untuk memujuk India menjauhi Rusia dengan menjamin kerjasama keselamatan, pertahanan dan tenaga.

    Ukraine dalam agenda apabila Modi menghoskan rakan sejawatan Britain, Boris Johnson minggu ini, dalam satu lawatan yang berkemuncak dengan pengumuman perkongsian pertahanan baharu dan keselamatan. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda