Monday, July 14, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    VW alih fokus ke EV di China

    FRANKFURT, 13 JULAI – Volkswagen dan rakan kongsinya di China, SAIC, telah menamatkan operasi pengeluaran di sebuah kilang di China susulan permintaan yang semakin berkurangan terhadap kereta enjin pembakaran dalaman, menurut jurucakap Volkswagen kepada AFP pada Jumaat.

    “Kumpulan Volkswagen dan rakan usaha samanya sedang mempercepat transformasi ke arah kenderaan elektrik, pintar dan berhubung,” kata jurucakap itu.

    “Banyak tapak SAIC Volkswagen kini sedang ditukar atau telah pun ditukar bagi pengeluaran kenderaan elektrik,” tambahnya.

    Jurucakap tersebut mengesahkan bahawa pengeluaran telah dihentikan di sebuah kilang di Nanjing, seperti yang pertama kali dilaporkan oleh akhbar harian perniagaan, Handelsblatt.

    Sumber dalam syarikat memberitahu AFP bahawa antara sebab pengeluaran dihentikan ialah lokasi kilang yang terletak di kawasan bandar, yang menyukarkan kerja-kerja naik taraf dan pengembangan bagi pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

    Pasaran EV di China kini jauh lebih maju, menjadikannya pasaran kereta terbesar di dunia, sekali gus memaksa syarikat Eropah yang secara tradisi bergantung pada kenderaan petrol atau diesel untuk menyesuaikan diri. – AFP

    Pekerja di barisan pemasangan di sebuah kilang syarikat FAW-Volkswagen di Qingdao, wilayah Shandong di timur China pada 12 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda