FRANKFURT, Jerman, 12 Mac – Pengilang kereta Jerman, Volkswagen (VW) berkata hari ini ia merancang untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan elektriknya dalam tempoh 10 tahun kepada 22 juta dan mengurangkan jejak karbon ke atas kitaran hidup kenderaan kepada 30 peratus.
Sebelumnya, syarikat itu berkata ia akan menyasarkan untuk menjual 15 juta. Ia sesuatu yang hebat di mana pada tahun lalu ia telah menghasilkan kira-kira 50,000 kenderaan guna kuasa bateri.
Syarikat itu beralih kepada kenderaan elektrik ketika ia berusaha untuk mematuhi had baharu ke atas pengeluaran karbon dioksida di Eropah dan tekanan dari China bagi menghasilkan kenderaan yang mengeluarkan wasap rendah.
Syarikat itu juga mendedahkan bahawa keuntungan operasi pada jenama teras Volkswagennya, salah satu daripada 12, jatuh kepada AS$3.6 bilion dari AS$3.3 tahun lalu ketika syarikat itu berdepan kesendatan mengesahkan kenderaan di bawah ujian pengeluaran wasap baharu.
Menurut syarikat itu lagi, keputusan operasi bagi kumpulan itu pada 2018 meningkat 0.4 peratus kepada 17.1 bilion euro pada penjualan yang meningkat 2.7 peratus kepada 235.8 bilion euro. Keuntungan bersih bagi tahun itu meningkat 6 peratus kepada 12.2 bilion euro.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Herbert Diess berkata sidang berita tahunan syarikat itu mengatakan syarikat itu telah memenuhi matlamat keuntungannya dengan margin operasi sebanyak 7.3 peratus. – AP
