Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    VW, kesatuan sekerja runding gaji baharu

    BERLIN, 12 SEPT – Volkswagen (VW) berkata hari ini rundingan dengan kesatuan sekerja mengenai perjanjian gaji baharu untuk pekerja akan dimulakan sebulan lebih awal, berikutan ancaman gergasi kereta Jerman itu untuk menutup kilang dan mengurangkan pekerjaan di negara itu.

    Perbincangan berkemungkinan tegang dengan wakil pekerja berikrar akan menentang langkah penjimatan kos.

    Kesatuan IG Metall dan pengurusan VW telah bersetuju dengan rundingan pusingan pertama pada 25 September, kata kumpulan itu.

    Rundingan itu, yang pada mulanya dijadualkan bermula pada akhir Oktober, akan menetapkan syarat pekerjaan untuk kira-kira 120,000 pekerja di Jerman.

    “Situasi mencabar dalam industri pembuatan kereta dan keadaan tidak menentu yang berlaku adalah antara sebab yang mendorong kepada rundingan tersebut, kata kumpulan itu.

    VW mengejutkan pekerja minggu lalu dengan pengumumannya untuk menutup tapak di Jerman buat kali pertama dalam sejarah sejak 87 tahun penubuhannya.

    Kos pembuatan yang tinggi, peralihan kepada kenderaan elektrik dan persaingan yang semakin meningkat sama ada dari dalam dan pasaran utama China memerlukan langkah drastik berkenaan. – AFP

    Gambar fail bertarikh 9 Disember 2021 menunjukkan Ibu Pejabat VW di Wolfsburg, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda