Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    VW melabur dalam sektor kenderaan elektrik China

    BEIJING, 29 MEI – Volkswagen hari ini berkata mereka akan melabur dua bilion euro dalam dua buah syarikat China dalam sektor kenderaan elektronik, mengelarnya ‘pasaran terbesar di dunia’.

    Gergasi kereta Jerman berkata mereka akan mengambil 50 peratus saham di JAG – syarikat induk JAC Motors milik negara – dan meningkatkan pegangannya dalam usaha sama JAC Volkswagen dari 50 peratus kepada 75 peratus dengan harga sekitar 1 bilion euro. Kumpulan tersebut berkata dalam kenyataan bahawa ‘dengan mengawal pengurusan, Volkswagen membuka jalan yang lebih banyak model dan infrastruktur elektrik.”

    Mereka juga akan membeli 26 peratus pembekal bateri China, Gotion High-Tech dengan harga 1.1 bilion euro.

    Kementerian industri China mengatakan Disember lalu bahawa negara itu harus berusaha memastikan satu dari empat kenderaan yang dijual pada 2025 adalah kereta hibrid atau elektrik sepenuhnya.

    Beijing memutuskan hujung bulan Mac untuk melanjutkan pengecualian cukai untuk membeli kenderaan elektrik dalam dua tahun.

    Penjualan kereta di China mula menurun dalam tahun 2018 dan dan menjunam lebih jauh ketika pandemik koronavirus yang menjejaskan ekonomi, tetapi ekonomi mula pulih ketika negara itu tampaknya telah mengawal virus tersebut.

    Pelaburan JAG adalah kali pertama pembuat kereta Jerman mengambil ‘peranan strategik dalam syarikat milik negara’, kata Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen China, Stephen Woellenstein dalam satu kenyataan. – AFP

    Volkswagen berkata mereka akan melabur dua bilion euro dalam dua buah syarikat China dalam sektor kenderaan elektronik. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda