Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    VW mungkin pindah beberapa pengeluaran Audi, elak tarif AS

    BERLIN, 20 APRIL – Volkswagen (VW) mungkin memindah beberapa pengeluaran rangkaian Audi mewahnya untuk mengelak tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas kereta yang ditempah oleh Presiden Donald Trump, kata Ketua Pegawai Eksekutif pembuat kereta Jerman itu dalam satu temu bual yang dikeluarkan Jumaat lalu.

    Pengeluar kereta terbesar Eropah, yang amat terkesan akibat kenaikan tarif AS, sedang dalam perbincangan positif dengan pentadbiran AS mengenai isu itu, kata Oliver Blume kepada akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung.

    VW, yang pada awal April berkata rancangan tarif Trump telah menjejas keuntungan operasi suku pertamanya, ingin kekal sebagai pelabur dan rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk AS,” tambah Blume.

    “Bagi Audi, pengeluaran di AS akan selaras dengan strategi pembangunan kami,” katanya.

    Bagaimanapun, beliau menolak sebarang pembuatan Porsche di Amerika, walaupun pasaran AS merupakan jenama kereta sukan mewah terbesar.

    Gambar bertarikh 14 Mac 2023 menunjukkan logo kereta gergasi Jerman, VW semasa sidang media tahunan syarikat itu di Berlin. – AFP

    Pada kira-kira 70,000 kenderaan setahun, jumlahnya terlalu kecil untuk mempertimbangkan idea itu, katanya.

    Trump bulan lalu mengumumkan tarif 25 peratus ke atas kereta yang diimport ke AS, yang merupakan destinasi nombor satu untuk eksport kereta Jerman.

    Ahli Republikan itu berkata pelaksanaan tarif akan mendorong syarikat asing memindahkan sebahagian daripada pengeluaran mereka ke AS.

    VW – kumpulan 10 jenama yang turut merangkumi Audi, Porsche, Seat dan Skoda – menjual lebih satu juta kenderaan di Amerika Utara tahun lepas, 12 peratus daripada jualannya berdasarkan volum.

    Dengan jualan VW berkurangan di China ketika menghadapi persaingan sengit daripada pembuat kereta domestik, terutamanya dalam kenderaan elektrik, pasaran AS telah menjadi lebih penting bagi pengeluar Jerman itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda