Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Sebanyak $5,305 hasil kutipan yang dijalankan oleh Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar (WAAG) Brunei Darussalam telah diserahkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin 2021, hari ini.
Hasil kutipan berkenaan telah disampaikan oleh Raes WAAG Brunei, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yussof kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.
Derma yang disumbangkan oleh lepasan pelajar Brunei Darussalam di Universiti Al-Azhar itu bertujuan bagi sama-sama meringankan beban rakyat Palestin yang ketika ini berdepan dengan cabaran dan musibah.
Inisiatif yang dilaksanakan itu merupakan sebagai satu langkah yang mendukung inisiatif kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menzahirkan perpaduan dengan rakyat Palestin.
Di samping itu, menyokong penuh usaha antarabangsa untuk menghentikan sebarang keganasan demi mewujudkan perdamaian yang adil, berkekalan dan menyeluruh.
