Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Wabak cacar monyet perlu tindak balas global – WHO Afrika

    ABUJA, NIGERIA, 3 JUN – Afrika harus membentuk sebahagian daripada perjuangan global bersatu menentang cacar monyet, menurut kenyataan dari pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia Afrika kelmarin, ketika negara-negara di Eropah, AS dan tempat lain bertindak memerangi wabak penyakit luar biasa tersebut.

    “Kita mesti memberikan satu tindak balas global yang berkaitan dengan cacar monyet untuk mengelakkan ia daripada menjadi endemik di lebih banyak negara,” ujar pengarah WHO Afrika, Dr Matshidiso Moeti, dalam satu taklimat dalam talian.

    Cacar monyet biasanya ditemui di negara-negara di Afrika Barat dan Tengah dengan hutan hujan tropika. Walau bagaimanapun, baru-baru ini penyakit itu telah ditemui di lebih 20 negara termasuk Britain, Sepanyol, Portugal, Itali, Switzerland, Amerika Syarikat, Israel dan Australia. Lebih daripada 500 kes telah dilaporkan, kebanyakannya dikaitkan dengan aktiviti seksual di dua pesta di Eropah baru-baru ini.

    Namun demikian, masih tiada kes kematian dilaporkan setakat ini.

    Buat masa ini, penjujukan masih belum menunjukkan sebarang kaitan langsung dengan wabak di luar Afrika, menurut pegawai kesihatan.

    Sementara itu, tujuh daripada 54 negara di Afrika telah melaporkan penyakit tersebut iaitu kira-kira tiga kali lebih banyak kes cacar monyet yang dicatatkan berbanding sebelumnya. – AP

    Gambar menunjukkan lengan kanan dan tubuh pesakit, yang kulitnya mempunyai beberapa kesan akibat kes aktif cacar monyet. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...