ABIDJAN, 31 JULAI – Lapan puluh sembilan orang telah dijangkiti demam kuning dan satu orang telah meninggal dunia dalam satu wabak di Ivory Coast, kata kementerian kesihatan semalam.
Kebanyakan kes datang dari ibu negara ekonomi negara Afrika Barat Abidjan, kata kementerian dalam satu kenyataan. Ia mencadangkan orang yang belum menerima vaksin diberi vaksin terhadap demam kuning.
“Wabak berlaku dalam konteks wabak denggi,” kata kementerian, menambah demam denggi dan kuning adalah penyakit viral yang disebar oleh nyamuk yang sama.
Pada awal Jun, 130 kes denggi dilaporkan termasuk dua kematian, dengan pihak berkuasa melancarkan kempen kawalan nyamuk.
Abidjam sedang mengalami musim hujan, yang mendorong pembiakan nyamuk.
Simptom demam kuning, termasuk demam panas tinggi, muntah dan sakit otot, biasanya muncul tiga hingga enam hari selepas seseorang digigit oleh nyamuk yang dijangkiti. – AFP