Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wabak difteria diumumkan di tengah Vietnam

    HANOI, 12 OGOS – Wilayah tengah Thanh Hoa menjadi kawasan pertama Vietnam tahun ini yang mengumumkan wabak difteria selepas tiga kes positif dikesan di bandar Muong Lat, lapor media tempatan hari ini.

    Seramai 34 orang yang mempunyai hubungan rapat dengan kes jangkitan telah dikenal pasti. Kesemua mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama di bandar Muong Lat.

    Menurut pihak berkuasa tempatan, risiko jangkitan kekal tinggi.

    Pihak berkuasa sedang mengambil langkah-langkah pencegahan kecemasan seperti kuarantin perubatan, menyembur disinfektan di kawasan-kawasan jangkitan.

    Wilayah Thanh Hoa melaporkan kes difteria pertama pada 5 Ogos, seorang wanita hamil berusia 17 tahun.

    Tiga hari kemudian, seorang budak lelaki berusia 10 tahun dan seorang wanita berusia 74 tahun yang merupakan saudara kepada wanita hamil itu dijangkiti.

    Mereka sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda