Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wabak Legionnaires ragut 5 nyawa

    NEW YORK, 19 OGOS – Wabak Legionnaires di kejiranan Harlem, New York City (NYC) yang dianggap berpunca daripada menara penyejuk tercemar telah membunuh lima orang dan 14 lagi sedang di rawat di hospital, kata pegawai kesihatan kelmarin.

    “Jabatan Kesihatan NYC kini sedang menyiasat sekumpulan masyarakat yang dijangkiti penyakit Legionnaires di Harlem Tengah,” kata Jabatan Kesihatan NYC dalam satu kenyataan.

    “Sehingga 18 Ogos, terdapat 108 kes yang disahkan, lima kematian, 14 sedang dirawat di hospital,” tambahnya.

    Penyakit Legionnaires, yang tidak berjangkit secara langsung dari orang ke orang, disebabkan oleh bakteria yang boleh membiak dalam sistem air dan penyaman udara.

    Merebak melalui titisan yang tercemar, pepijat boleh menyebabkan demam dan radang paru-paru, terutamanya dalam kalangan orang yang mempunyai sistem imun yang lemah.

    Penyakit itu mengambil namanya daripada wabak pertama yang diketahui, berlaku pada tahun 1976 di sebuah hotel di Philadelphia di mana persatuan veteran tentera Legion Amerika mengadakan persidangan.

    Lebih 220 orang jatuh sakit, 34 daripadanya meninggal dunia.

    “Jabatan Kesihatan telah mengambil sampel dan menguji air dari menara penyejuk di zon penyiasatan. Mana-mana menara penyejuk dengan keputusan awal positif bagi  bakteria Legionella telah menamatkan ujian yang diperlukan oleh Jabatan Kesihatan,” kata Jabatan Kesihatan NYC dalam kenyataannya.

    “Wabak itu tidak berkaitan dengan bekalan air panas atau sejuk di sesebuah menara,” tambahnya. – AFP

    Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda