Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wabak Marburg berakhir di Tanzania

    DAR ES SALAAM, 14 MAC – Tanzania mengisytiharkan berakhirnya wabak virus Marburg kelmarin selepas 42 hari tanpa kes baharu.

    Wabak yang bermula pada Januari lalu telah menyebabkan 10 kematian akibat penyakit pernafasan itu yang mana dua kes disahkan dan lapan kes disyaki, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Kes wabak itu tertumpu di kawasan sempadan barat laut Kagera, selepas wabak meletus di Rwanda.

    Menteri Kesihatan, Jenista Mhagama menyatakan bahawa jangkitan terakhir disahkan berlaku pada 28 Januari. Sesuatu wabak secara rasmi diisytiharkan berakhir selepas 42 hari tanpa kes baharu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda