Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wabak maut pneumonik menular di Madagascar

    ANTANANARIVO, 2 Okt – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa satu wabak yang boleh membawa maut sedang merebak dengan cepat di Madagascar sejak Ogos dan menggesa agar satu tindakan pantas segera diambil bagi membendung penularannya.

    Wabak itu yang menular dalam bentuk pneumonik, telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa.

    WHO berkata apa yang membimbangkan ialah wabak itu mudah berjangkit dan menyebabkan kematian dengan cepat tanpa rawatan.

    Bagi mengelak wabak itu terus menular, kerajaan telah mengambil beberapa langkah kecemasan seperti mengharamkan perjumpaan dan perhimpunan awam di bandar-bandar utama termasuk ibu negara, Antananarivo.

    Perlawanan bagi merebut kejohanan piala kelab, contohnya dalam sukan bola keranjang, telah berlangsung secara tertutup dan para pemain menjalani pemeriksaan selepas itu.

    Dalam satu kenyataan di saluran televisyen nasional, Perdana Menteri Olivier Mahafaly menjelaskan bahawa keputusan itu bersifat sementara.

    Menurut Institut Pasteur, wabak itu telah menjejaskan hampir 40,000 orang di 24 negara Afrika dan Asia dalam tempoh 15 tahun lepas.

    Agensi kesihatan itu telah mengeluarkan sejumlah $250,000 daripada dana kecemasannya bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menangani wabak tersebut.

    Ia merancang untuk mendapatkan bantuan sebanyak $1.5 juta bagi memenuhi keperluan bagi menangani wabak itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda