Sunday, December 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wabak penyakit bebiri, kambing dilapor di Ulan Bator

    ULAN BATOR, 2 JAN – Satu wabak penyakit haiwan yang mudah merebak dalam kalangan haiwan dan telah menjejaskan penternakan bebiri dan kambing telah dilaporkan di ibu negara Mongolia, menurut media tempatan hari ini, memetik majlis perbandaran.

    “Kes Peste des Petits Ruminants (PPR), juga dikenali sebagai wabak bebiri dan kambing telah disahkan di daerah Baganuur, Ulan Bator melalui keputusan ujian makmal,” kata majlis perbandaran dalam satu kenyataan.

    Kerajaan telah mengambil langkah-langkah kuarantin di daerah itu bagi tempoh yang tidak ditentukan, tambahnya.

    Sektor penternakan adalah tunggak utama ekonomi Mongolia. Negara nomad itu mempunyai 71.1 juta haiwan ternakan pada penghujung 2022, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan.

    Bebiri dan kambing menyumbang kepada majoriti kesemua haiwan ternakan, dengan masing-masing menyumbang sebanyak 46 peratus dan 38.8 peratus hasil ternakan negara. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda