Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wabak salmonela merebak ke tujuh negeri di AS

    WASHINGTON, 8 JUN – Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Amerika Syarikat melaporkan, wabak salmonela menjangkiti puluhan orang di tujuh negeri bahagian barat dan tengah negara itu, lapor Agensi Berita Emiriah, WAM.

    Wabak itu dikaitkan dengan telur perang organik dan telur perang daripada ayam tidak dikurung yang diedarkan antara Februari hingga Mei oleh Syarikat August Egg, yang kini menarik balik produk itu kerana kemungkinan pencemaran.

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sebanyak 79 kes jangkitan salmonella disahkan di negeri Arizona, California, Illinois, Indiana, Nebraska, New Mexico, Nevada, Washington dan Wyoming. Seramai 21 individu dimasukkan ke hospital.

    Gejala jangkitan salmonela termasuk cirit-birit, demam, muntah yang teruk, dehidrasi dan kekejangan perut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda