Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    WADA: Beckie letak jawatan

    MONTREAL, 17 Sept – Juara Olimpik, Beckie Scott meletak jawatan dari jawatankuasa Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) yang mencadangkan bagi menamatkan penggantungan dadah Rusia pada Sabtu lalu ketika pemerhati global mempertahankan caranya menangani kes.

    Scott, salah seorang dari enam ahli jawatankuasa kajian pematuhan WADA, meletak jawatan sehari selepas muncul seorang panel memberikan lampu hijau bagi hukuman ke atas Agensi Anti Dadah Rusia (RUSADA) untuk ditarik balik pada mesyuarat lembaga di Seychelles pada 20 September.

    Keputusan WADA itu juga dibuat selepas satu dokumen bocor awal minggu ini yang menunjukkan bahawa jawatankuasa pada awalnya mencadangkan penggantungan diletakkan pada mesyuarat minggu depan.

    Peletakan jawatan Scott tersebut yang dilaporkan oleh Canadian Broadcasting Coporation dan BBC, dilihat meningkatkan ketegangan di dalam WADA mengenai keputusan itu. Scoot akan mengekalkan peranannya sebagai ketua jawatankuasa atlet WADA, kata laporan.

    RUSADA digantung oleh WADA sejak tahun 2015, apabila agensi global itu mendedahkan skandal doping besar yang menerima sokongan negara Rusia untuk melakukannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda