Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Wai Ching sasar pencapaian lebih tinggi

    KUALA LUMPUR, 15 DIS – Pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching menyasarkan pencapaian lebih baik untuk 2023 dan tahun-tahun seterusnya, selepas meraih pelbagai kejayaan tahun ini dengan memenangi 19 daripada 20 perlumbaan yang disertainya.

    Atlet Malaysia berusia 28 tahun itu, yang mencapai kedudukan nombor satu dunia Mei lepas, berazam untuk mengekalkan pencapaian tersebut untuk 10 tahun lagi dan mencatatkan namanya dalam dua Rekod Dunia Guinness tahun depan.

    Selain itu, Wai Ching yang juga Presiden pengasas Persatuan Larian Menara Malaysia (MTA) turut berhasrat mempromosikan sukan itu di rantau ini bagi dipertandingkan pada Sukan SEA 2027 yang akan dianjurkan Malaysia.

    Beliau juga mahu mengurangkan bilangan pertandingan yang akan disertainya tahun hadapan kepada 10 hingga 15 acara sahaja, bagi mengurangkan keletihan perjalanan sekali gus dapat beraksi lebih baik.

    Mengenai rancangan untuk memasukkan sukan itu ke dalam Sukan SEA, beliau berkata MTA akan menubuhkan persatuan-persatuan negeri yang mantap terlebih dahulu dan kemudian membantu negara anggota Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mengasaskan persatuan mereka. – Bernama

    Wai Ching menunjukkan pingat dan trofi yang dimenanginya selepas sidang media kelmarin. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...