Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Wai Ching takluk menara Naza

    KUALA LUMPUR, 19 MEI – Jaguh larian menara Malaysia, Soh Wai Ching ternyata sukar digugat selepas mendominasi kategori lelaki terbuka Larian Menara Naza 2024 hari ini.

    Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat itu dengan masa terpantas lima minit dan 16 saat (s).

    Wai Ching meninggalkan pencabar terdekat Muhammad Hazim Zuhairi Azahari yang meraih tempat kedua dengan 6:02s manakala Wong Chin Chun di tempat ketiga menerusi catatan 6:45s pada edisi sulung perlumbaan tersebut.

    “Walaupun kali pertama dianjurkan perlumbaan, ia berlangsung dengan baik dari segi keadaan tangga, mempunyai kedua-dua pemegang kiri dan kanan serta berhawa dingin. Ia akan memberi galakan buat pelari untuk menyertai perlumbaan ini pada edisi akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pelari berusia 29 tahun itu berkata kemenangannya itu adalah yang ke-11 tahun dan beliau bakal menyertai saingan di Poland dan Jerman minggu depan sebagai usaha memburu 30 gelaran sepanjang 2024. – Bernama

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...