Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajah Amira seiras Karisma Kapoor?

    Selepas mendirikan rumah tangga bersama pelakon Malaysia, Fattah Amin, nama penyanyi Amira Othman terus menjadi sebutan ramai dan kali ini warganet menyamakan wajahnya dengan aktres terkenal Bollywood iaitu Karisma Kapoor.

    Perbandingan tersebut mula tular di platform Threads apabila warganet tampil memberi komen bahawa wajah Amira atau Nadia Amira Othman, 32, mempunyai iras dengan selebriti dari India itu.

    “Tidak dinafikan memang ada iras. Tak faham orang kutuk-kutuk dia cakap tak lawa. Pada saya dia memang cantik,” tulis seorang pengguna.

    Menurut mStar, dalam pada itu, ada juga warganet yang menegaskan persamaan ketara kedua-dua selebriti itu terletak pada bentuk bibir mereka.

    “Bibir mereka pun sama rupanya. Aku pernah komen Amira macam Karisma Kapoor,” tulis seorang pengguna.

    Malah, kecantikan penyanyi lagu Dalam Sujudku itu dikatakan seolah-olah mencerminkan gabungan raut wajah dari beberapa latar etnik.

    “Muka Amira ni muka campuran Arab, Hindustan dan Pakistan. Cantik masyaAllah.

    “Betullah, patutlah rasa macam pernah nampak. Nampak sangat iras macam Karisma.

    “Wow Karisma Kapoor Malaysia,” tulis warganet. – Agensi

    Wajah Amira (kiri) disamakan cantik seperti Karisma. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda