Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajah baharu Norwegian Jewel

    KAPAL persiaran Norwegian Jewel membuat kemunculan semula selepas menjalani proses pengubahsuaian selama 10 bulan dan baru-baru ini telah memulakan perjalanan merentasi lautan ke Asia Tenggara.

    Norwegian Jewel merupakan kapal pelayaran yang dikendalikan Norwegian Cruise Line (NCL), berpangkalan di Amerika Syarikat. Ia memulakan perkhidmatan sejak tahun 2005.

    Perubahan yang dilakukan meliputi ruang bilik penginapan daripada aspek rekaan dalaman, dekorasi restoran lebih versatil di samping kemudahan tempat rekreasi di atas dek kapal seperti gelanggang bola keranjang dan kolam renang selain gimnasium.

    Naib Presiden Jualan Asia Norwegian Cruise Line Holdings Ltd., Felix Chan berkata, langkah pembaharuan yang dilakukan sejajar dengan pertumbuhan sektor pelancongan bagi segmen pelayaran di Asia Tenggara.

    Meneroka Asia Tenggara

    Antara perubahan ketara yang dapat dilihat ialah dua bilik suite Haven Deluxe berkeluasan 1,200 meter persegi dengan balkoni seluas 567 meter persegi  dan dua jakuzi peribadi.

    Norwegian Jewel merupakan kapal pelayaran yang dikendalikan Norwegian Cruisea Line (NCL), berpangkalan di Amerika Syarikat. – Agensi
    Norwegian Jewel membuat kemunculan semula selepas menjalani proses pengubahsuaian selama 10 bulan. – Agensi

    Kesemua 1,188 kamar juga di naik taraf dengan televisyen, karya-karya seni seperti lukisan, arca dan perabot serba baharu.

    Tempoh pelayaran pula menawarkan daripada tujuh hingga 19 hari perjalanan. Jewel Norwegian akan menghabiskan musim sejuk tahun ini dan musim bunga tahun depan menjelajah dari Sydney di Australia, Hong Kong dan Singapura.

    Ia kemudiannya dijadualkan menyertai dua lagi kapal persiaran NCL iaitu Norwegian Bliss dan Norwegian Joy di Alaska pada musim panas tahun hadapan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda