Sunday, April 27, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajah bengkak Go Eun Ah disangka kena pukul

    Wajah bengkak Go Eun Ah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat yang menyangka pelakon itu dikasari seseorang, menurut laporan mStar Online.

    Bagaimanapun, Eun Ah, 37, menyangkal tanggapan tersebut sebaliknya menjelaskan wajahnya cedera selepas dia tergelincir di atas permukaan ais.

    “Perlu ke saya beritahu orang ramai saya telah ditumbuk?
    Eun Ah tidak boleh bekerja selagi kecederaannya belum pulih.

    “Tidak, saya hanya tergelincir di atas ais dan jatuh ke depan,” katanya.

    Dalam pada itu, Eun Ah memberitahu selain wajahnya bengkak, gigi bahagian depannya juga rosak akibat terjatuh.

    Malah kecederaan itu turut memaksanya untuk berehat seketika daripada meneruskan aktiviti seni buat sementara waktu.

    “Apa yang perlu saya lakukan dengan gigi depan saya? Saya mencari rezeki dengan wajah saya, jadi ini merupakan satu cabaran besar buat saya.

    “Saya tidak dapat melakukan sesi siaran langsung untuk seketika,” katanya.

    Eun Ah berharap agar orang ramai tidak membuat andaian yang tidak berasas dan dapat segera pulih untuk kembali meneruskan kariernya. – Agensi

    Eun Ah menyangkal dakwaan mukanya ditumbuk. – Allkpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda