Thursday, January 30, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajah Meerqeen jadi rebutan jenama antarabangsa

    Pelakon Meerqeen tidak pernah meletakkan harga tinggi bagi tawaran diberikan kepadanya meskipun sejak kebelakangan ini namanya sentiasa menjadi pilihan jenama antarabangsa.

    Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, dia tidak pernah meletakkan wang ringgit sebagai perkara utama sebaliknya lebih tertarik dengan kualiti sebelum membuat keputusan dalam setiap tawaran diberikan kepadanya.

    Meerqeen kini semakin mendapat perhatian jenama mewah antarabangsa.

    “Dalam pemilihan jadi duta sesuatu jenama pun saya ikut kesesuaian personaliti diri, kenalah sesuai dengan apa saya suka,” katanya kepada mStar.

    Meerqeen ditemui ketika Majlis Aidilfitri Civicas Networks yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Meerqeen kini semakin mendapat perhatian jenama mewah antarabangsa. – Agensi

    Tambah aktor ini apabila mula menjadi perhatian jenama besar antarabangsa, dia juga perlu sentiasa menjaga reputasi dan nama baik supaya terus disenangi banyak pihak.

    “Apabila bekerja dengan jenama-jenama besar yang dikenali ramai orang, saya kenalah berhati-hati menjaga nama sendiri.

    “Apa sahaja yang dilakukan perlu berjaga-jaga supaya imej sentiasa baik,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, kata Meerqeen dia kini mengambil tempoh rehat dari terlibat dengan sebarang penggambaran selepas lebih empat tahun bergelar anak seni.

    “Saya rehat bermula awal Mei hingga Ogos nanti. Hanya rehat dari dunia lakonan tapi masih ada kerja-kerja lain yang tertangguh perlu diselesaikan.

    “Lebih baik saya siapkan semua kerja itu dan apabila masuk set semula tak perlu nak fikir lagi akan hal tersebut,” jelasnya.- Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda