Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajarkah harga barangan naik mendadak?

    Semenjak dunia global di bawah ancaman COVID-19, beberapa negara masih mengekal penutupan sempadan negara masing-masing termasuk di negara ini.

    Ini bertujuan untuk mengekang penularan wabak yang diimport. Penutupan ini sememangnya satu langkah terbaik dalam membendung penularan wabak. Namun juga terdapat kesan daripada-nya, salah satunya kemasukan barangan import dari luar negara terutama sekali barangan makanan. Sehinggakan sesetengah barangan keperluan ini belum mencapai kuantiti keperluan para pengguna.

    Dalam hal ini, apabila barangan tersebut agak terhad terdapat beberapa buah kedai menaikkan harga jualan yang terlalu tinggi. Persoalannya di sini, adakah pihak-pihak tertentu melakukan rondaan untuk memantau harga jualan di negara ini?

    Memang tidak dinafikan virus ini telah mengubah keseluruhan kehidupan kita 360 darjah, tapi adakah perlu mengaut keuntungan dengan sesuka hati tanpa memikirkan pengguna yang turut terjejas akibat virus itu. Kalau kenaikan harga dalam sen-sen sahaja kami tidak kisah, ini kenaikannya hingga mencecah $3 ke atas.

    Kalau yang berniaga seperti penjual nasi katok bagaimana? Perlukah juga menaikkan harga kerana harga barangan makanan naik mendadak? Di harap pihak tertentu memantau perkara ini agar para pengguna turut mendapat keuntungan seperti pihak penjual.

    Pengguna

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda