Wajib ambil pekerja kurang upaya

LISBON, 11 Jan – Syarikat awam dan swasta Portugal yang bersaiz sederhana dan besar diwajibkan mengambil antara satu dan dua peratus pekerja daripada golongan kurang upaya, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu penerbitan undang-undang pada Khamis.

Menurut undang-undang baharu itu, yang mewujudkan sistem kuota pekerjaan bagi golongan kurang upaya dengan tahap keupayaan bersamaan atau melebihi 60 peratus, semua syarikat sama ada awam atau swasta, bersaiz sederhana atau besar, wajib mematuhi kuota tersebut mulai 1 Februari.

Perusahaan sederhana dengan tenaga kerja antara 75 dan 100 orang hendaklah menggaji sekurang-kurangnya satu peratus pekerja kurang upaya manakala perusahaan besar dengan lebih 100 pekerja perlu dikehendaki menggaji sekurang-kurangnya dua peratus. Bagi mematuhi undang-undang baharu itu, satu tempoh peralihan selama lima tahun dibenarkan bagi syarikat bersaiz sederhana dan empat tahun bagi syarikat besar. – Bernama