Saturday, January 18, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wajib jalani kuarantin

    PUTRAJAYA, 2 APRIL – Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang memasuki negara ini diwajibkan menjalani kuarantin mulai esok.

    Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.

    “Hari esok, 3 hari bulan (April) bermulanya kuarantin wajib kepada masyarakat kita yang pulang dari luar negara, juga sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini.

    “Mereka akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kemudahan kuarantin yang disediakan, ” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas menteri-menteri mengenai PKP di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda