Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Wajib pasang CCTV jika mahu terus beroperasi’

    SEMATAN, SARAWAK, 13 OGOS – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai syarat wajib dalam proses memperbaharui lesen premis taska berdaftar yang perlu dilakukan setiap lima tahun.

    Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah penguatkuasaan itu perlu diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di premis taska meskipun kerajaan sebelum ini sudah pun mewajibkan pemasangan CCTV kepada pengusaha taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.

    “Bagaimanapun, ada juga di antara mereka (pengusaha taska) yang tidak memasangnya walaupun sudah diminta supaya patuhi syarat itu.” – Bernama

    Nancy berkata langkah tersebut perlu diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di premis taska. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda