KOTA KINABALU, 9 MAC – Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas. Penasihat Budaya Kinabalu Geopark, Dr Paul Porodong berkata insiden kematian yang berlaku di Gunung Kinabalu tidak wajar dikaitkan dengan usia pendaki warga emas sebaliknya ia boleh terjadi atas pelbagai faktor,