Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wak Doyok dalam proses pemulihan

    Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok, 45, kini dalam proses pemulihan akibat gangguan sihir.

    Wak atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor berkata dia mendapati kesihatannya merosot, namun sangka hanya sakit biasa.

    “Saya baru sahaja pulih daripada gangguan mistik. Saya kena santau angin. Bukan nak tuduh, tapi saya sudah banyak kali bertemu doktor, tapi makan ubat tetap tak pulih.

    “Jadi, saya buat rawatan alternatif. Saya pelik bila waktu Maghrib, saya batuk teruk, tekak gatal, kering dan bila malam sahaja susah nak tidur.

    “Alhamdulillah, kini saya sudah beransur pulih, cuma kena berpantang. Saya tak boleh makan makanan bercucuk,” katanya kepada BH Online.

    Wak percaya apa yang dialami akibat terkena santau kerana ciri-ciri gangguan jelas dan nyata ada pada dirinya. – mStar

    Wak berkata, dia percaya apa yang dialami akibat terkena santau kerana ciri-ciri gangguan jelas dan nyata ada pada dirinya.

    “Kuku akan jadi kebiru-biruan. Ia adalah ciri santau yang nyata.

    “Sekarang saya masih pulihkan keadaan diri dan lindungi daripada sihir,” katanya.

    Mengulas sama ada tahu siapa yang melakukannya, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu berkata berkata, dia tidak tahu, namun bersedia memaafkannya.

    “Saya tidak tahu siapa yang hantar sihir, mungkin kenalan terdekat. Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jauh sekali nak berhutang.

    “Saya berhutang dengan bank sahaja. Mungkin daripada mata dan percakapan pun boleh jadi sihir juga.

    “Saya terima dengan hati terbuka dan minta doa daripada emak. Saya juga berdoa agar pulih seperti sedia kala dan boleh bekerja untuk menampung keluarga.

    “Untuk siapa yang buat, saya maafkan. Tapi, kena jawab dengan Allah atas perbuatannya,” katanya.

    Wak berkata, rakan kongsinya juga terkena tempias perbuatan tidak bertanggungjawab itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda