Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wak Doyok malu dituduh berhutang dengan Aliff Syukri

    Selepas namanya dipetik sebagai individu yang berhutang dengan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, ikon fesyen Wak Doyok tampil menjelaskan mengenai salah faham yang timbul itu.

    Menafikan dirinya berhutang, Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 49, memberitahu dia sudah bertemu dengan Aliff bagi membuktikan dirinya bukanlah ikon fesyen yang dimaksudkan.

    “Alhamdulillah, selesai salah faham di media sosial. Bukan aku ya yang Aliff nak saman,” katanya menerusi laman Instagram.

    Dalam hantaran itu juga Wak berkongsi foto dia bertemu dengan Aliff Syukri. Ketika pertemuan berkenaan, Wak berkata dia malu apabila dituduh berhutang dengan Aliff.

    “Malu aku Aliff, wartawan cari, warganet kata aku bergaduh dengan Aliff.

    Wak Doyok berjumpa dengan Aliff untuk membersihkan namanya. – Murai.my

    “Bukan aku sahaja ikon fesyen, ramai lagi. Tapi tak tahulah kenapa ramai tuju perkara tu kat aku,” jelasnya.

    Sementara itu, Aliff memberitahu warganet salah faham mengenai luahan hatinya sebelum ini. Jelasnya, ikon fesyen dimaksudkan ialah seorang wanita dan bukannya lelaki.

    “Sebenarnya ramai salah tafsir, yang saya cerita tu ikon fesyen perempuan. Jadi individu itu bukan Wak Doyok,” ujarnya.

    Menerusi laporan mStar sebelum ini, Aliff mendedahkan bapa kepada ikon fesyen berhutang dengannya sebanyak puluhan juta ringgit.

    Meluahkan rasa bengang, Aliff memberi amaran kepada individu tersebut supaya menyelesaikan perkara itu sebelum berakhirnya bulan ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda