Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wakil Brunei sertai Konsert ASEAN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Ahli-ahli muzik terbaik ASEAN telah mengadakan persembahan dalam Konsert Gubahan Muzik Green and Peace Forever ASEAN baru-baru ini di Bangkok, Thailand.

    Konsert anjuran Jabatan Penggalakkan Budaya, Kementerian Kebudayaan Thailand dengan kerjasama institut muzik terkemuka Thailand serta ahli muzik dari seluruh negara ASEAN dan Thailand itu adalah bagi meraikan Majlis Pertabalan Raja Rama X Thailand dan Thailand sebagai pengerusi ASEAN serta Tahun Budaya ASEAN.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Expression Music Academy, Negara Brunei Darussalam menyembahkan dua gubahan muzik asli oleh Pengasas dan Pengarah Expression Music Academy Brunei, Lily Chiam pada konsert itu.

    Gubahan muzik pertama Transformation disusun oleh graduan akademi, Shian Li Chiam dan dipimpin oleh Tan Onwimon. Manakala lagu kedua, gubahan muzik, Fill Me disusun oleh graduan akademi tersebut, Evan Chiam dan Shian Li Chiam dengan lirik dicipta oleh Eden Chiam.

    Dengan menampilkan Eden sebagai vokal solo, lagu tersebut mengetengahkan kehebatan dan kebesaran alam semula jadi.

    Lily Chiam mengatakan, “Saya menunggu 11 tahun untuk mendengar muzik gubahan saya dimainkan secara langsung. Ini adalah saat-saat menakjubkan yang sukar saya bayangkan.”

    Eden Chiam ketika menyampaikan lagu solo pada Konsert ASEAN.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda