Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wakil negara bawa pulang 24 pingat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Kumpulan dari Yippy Tune yang mewakili Negara Brunei Darussalam berjaya meriah 24 pingat semasa menyertai Festival Seni Asia Pasifik di Jeonju, Korea Selatan, baru-baru ini.

    Peserta negara yang diwakili oleh 14 orang penuntut berjaya mengumpulkan secara keseluruhan satu pingat emas, 12 perak dan 11 gangsa.

    Mereka mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan muzik di festival berkenaan termasuk piano, viola, bes, dram, ukulele dan vokal dengan para peserta adalah dalam lingkungan tujuh hingga 15 tahun.

    Peserta Brunei yang berusia 14 tahun, Megan Lee telah membuat persembahan sempurna tiga minit bermain piano Rondo dari Sonatina in A dan menjadi satu-satunya peserta negara yang meraih pingat emas semasa pertandingan.

    “Saya bersama peserta yang lain menjalani latihan keras sejak tiga bulan kebelakangan iaitu sebelum pertandingan berlangsung.

    Megan Lee semasa membuat persembahan piano dalam pertandingan di Festival Seni Asia Pasifik di Jeonju, Korea Selatan, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN YIPPY TUNE
    Para peserta negara bergambar ramai semasa festival tersebut. – GAMBAR SERAHAN YIPPY TUNE
    Para peserta terlibat mempelajari budaya tarian Korea. – GAMBAR SERAHAN YIPPY TUNE

    “Saya gembira segala usaha akhirnya membuahkan hasil dan berjaya membuat persembahan dengan baik semasa acara di pentas APAF yang berprestij,” kata Megan.

    Dia juga meluahkan rasa bersyukur dengan peluang ini, yang mana ia tidak mungkin berlaku tanpa bantuan guru pianonya, Deon Ong, yang telah memberikan usaha dan dedikasi menuju penganjuran acara ini.

    “Sekolah Muzik Yippy Tune sangat gembira dengan keputusan tersebut kerana pasukan berjaya mengagumkan juri yang sangat ketat dari Korea dengan jangkaan yang sangat tinggi serta menunjukkan bakat-bakat mereka kepada mata dunia,” kata Pengetua Sekolah, Deon Ong.

    “Saya sangat bangga dengan persembahan peserta muda kita yang berjaya mengawal perasaan gementar dan melakukan persembahan yang baik di hadapan juri dari rantau ini semasa pertandingan.

    “Pengalaman yang diperoleh dari festival ini sangat berharga dalam membina keyakinan, bukan setakat muzik malahan kehidupan ketika mereka melangkah ke alam remaja satu hari nanti,” tambahnya.

    Di luar pertandingan, para penuntut dari Brunei juga mengambil bahagian mempelajari budaya tarian Korea dan mempersembahkan tarian dalam kumpulan semasa persembahan akhir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda