Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Wakil PBB di Jakarta dipanggil

    JAKARTA, 12 DIS – Kementerian Luar Indonesia memanggil wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara itu pada Isnin berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pertubuhan itu mengenai kanun jenayah baharu negara itu.

    Jurucakap kementerian, Teuku Faizasyah berkata wakil pertubuhan itu dinasihatkan supaya berinteraksi menggunakan saluran yang betul untuk membincangkan sebarang isu.

    “Kita harus mengelakkan penggunaan media massa untuk menyampaikan sesuatu perkara sebelum mendapat maklumat yang jelas,” katanya dalam sidang media.

    PBB Indonesia, dalam satu kenyataan pada Rabu, menyatakan sebahagian daripada kanun jenayah Indonesia yang disemak semula kelihatan tidak menepati kebebasan asasi dan hak asasi manusia.

    Menurut kenyataan itu lagi, beberapa artikel melanggar hak wanita, dan minoriti agama, serta menjejaskan hak kebebasan bersuara dan berpersatuan.

    Kanun jenayah baharu yang mengandungi lebih 600 artikel diluluskan Parlimen Indonesia pada 6 Disember setelah bertahun-tahun menggunakan undang-undang warisan penjajah Belanda. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...