Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wakil Sarawak dalam Mavcom, bantu selesaikan isu penerbangan

    SIBU, 11 APRIL – Pelantikan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datuk Alice Jawan Empaling selaku Ahli Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan dapat membantu menyelesaikan isu penerbangan di dalam negeri ini. 

    Menterinya Datuk Seri Lee Kim Shin berkata dengan mempunyai wakil dalam Mavcom, semua isu boleh dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat suruhanjaya itu.

    “Diharap dengan pelantikan ini Mavcom akan memahami keperluan kami.  Sebelum ini kami tidak mempunyai wakil di dalam suruhanjaya itu dan kadang-kadang ada jurang komunikasi antara Mavcom dan Sarawak,” katanya.

    Lee memuji pelantikan itu dan berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan Persekutuan Anthony Loke kerana menerima cadangan untuk pelantikan itu yang dibuat ketika perjumpaan mereka awal tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda